Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM HADIRI (I) 39TH ASEAN TRANSPORT FACILITATION WORKING GROUP (TFWG); DAN (II) 12TH ASEAN TRANSIT TRANSPORT COORDINATING BOARD (TTCB) MELALUI VIDEO CONFERENCING PADA 29 SEPTEMBER HINGGA 01 OKTOBER 2020.

Khamis, 01 Oktober 2020 - Negara Brunei Darussalam telah menghadiri mesyuarat-mesyuarat: (i) 39th ASEAN Transport Facilitation Working Group (TFWG); dan (ii) 12th ASEAN Transit Transport Coordinating Board (TTCB) pada 29 September hingga 01 Oktober 2020 melalui video conferencing.

Negara Brunei Darussalam telah menghantar perwakilan yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kanan di Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) diketuai oleh Pengarah Pengangkutan Darat.

Mesyuarat selama tiga (3) hari telah didahului dengan Mesyuarat 39th TFWG yang berlangsung pada 29 hingga 30 September 2020 dan diikuti dengan mesyuarat 12th TTCB pada 01 Oktober 2020. Kedua mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cambodia dan disertai oleh Negara-Negara Ahli ASEAN, Sekretariat ASEAN, Rakan Dialog ASEAN iaitu Jepun dan ASEAN Regional Integration Support by the EU (ARISE), serta ASEAN Federation of Forwarders Association (AFFA) dan ASEAN Trucking Federation (ATF).

Mesyuarat 39th TFWG dan mesyuarat 12th TTCB merupakan perjumpaan tahunan Negara-Negara Ahli ASEAN bagi membincangkan perkembangan terkini, perlaksanaan dan pengoperasian Transport Facilitation Agreements dan perlaksanaan tindakan-tindakan strategik serta langkah-langkah berkaitan kemudahan sektor pengangkutan di bawah Kuala Lumpur Strategic Plan (KLTSP) 2016 – 2025. Antara perkara-perkara yang dibincangkan di mesyuarat-mesyuarat berkenaan adalah seperti berikut:  

  1. Negara-Negara Ahli telah mengongsikan status terkini pelaksanaan ASEAN Transport Facilitation Agreements dan halatujunya iaitu ASEAN Framework Agreement on the Facilitation of Goods in Transit (AFAFGIT), ASEAN Framework Agreement on the Facilitation of Inter State Transport (AFAFIST), ASEAN Framework Agreement on Mulitmodal Transport (AFAMT) dan ASEAN Framework Agreement on the Facilitation of Cross Border Transport of Passengers (CBTP);
  2. Status perkembangan pelaksanaan Projek Rintis ASEAN Customs Transit System (ACTS) terutama bagi Live Operation Projek Rintis ini dengan cabaran pandemik COVID-19;
  3. Pertukaran maklumat mengenai operasi lintas batas pengangkutan barangan dan penumpang di rantau di bawah persetujuan dua hala dan berbagai hala semasa pandemik COVID-19; dan
  4. Pelaksanaan projek-projek di bawah kerjasama ASEAN dengan Rakan Dialog ASEAN iaitu Jepun dan ARISE.

Hasil mesyuarat-mesyuarat di atas akan dilaporkan di Mesyuarat 50th ASEAN Senior Transport Officials Meeting (STOM) dan Mesyuarat 26th ASEAN Transport Ministers Meeting (ATM) yang dijadualkan untuk diadakan pada bulan November 2020 dan di mana merupakan giliran Negara Brunei Darussalam untuk menjadi Pengerusi dan Tuan Rumah.

Disediakan oleh:

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

01 Oktober 2020

Attachments