Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
JABATAN PENGANGKUTAN DARAT (JPD) PERINGATKAN PEMILIK-PEMILIK KENDERAAN DAFTAR LUAR NEGARA UNTUK MEMATUHI PERATURAN PELEKAT KENDERAAN (STICKER) DAFTAR LUAR NEGARA

Isnin, 04 Syawal 1442 / 17 Mei 2021 Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan bahawa semenjak pemasangan pelekat (sticker) kenderaan daftar luar dikuatkuasakan di Negara ini bermula 01 Oktober 2020, sejumlah 165 pelekat (sticker) pas kenderaan KOMERSIL berwarna MERAH dan 5,883 pelekat (sticker) pas kenderaan PELAWAT berwarna BIRU) telah dikeluarkan oleh Jabatan ini dan dipasang ke atas kenderaan-kenderaan daftar luar negara.

Pemasangan pelekat (sticker) kenderaan daftar luar negara adalah bagi tujuan memantau kenderaan daftar luar negara yang berada di Negara ini sebagai usaha membendung penularan pandemik Covid-19 yang masih dihadapi sehingga pada masa ini

Pemantauan dan penguatkuasaan pemasangan pelekat (sticker) kenderaan daftar luar negara dijalankan secara berterusan oleh agensi-agensi penguatkuasaan khususnya Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Kementerian Kesihatan dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) seperti berikut :-

  1. Kenderaan-kenderaan daftar luar negara yang telah mendapat kebenaran pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) untuk menetap di Negara ini kerana bertugas atau bagi tujuan seumpamanya yang dikehendaki melekatkan pelekat (sticker) pas kenderaan PELAWAT berwarna BIRU);
     
  2. Kenderaan-kenderaan luar negara yang memasuki Negara ini bagi tujuan pengangkutan barangan-barangan pertanian, agrimakanan dan perikanan dengan kebenaran dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (MPRT) yang dikehendaki melekatkan pelekat (sticker) pas kenderaan KOMERSIL berwarna MERAH;
     
  3. kenderaan-kenderaan yang melakukan perjalanan melintasi sempadan (transit) atau ke destinasi yang dibenarkan di Negara ini bagi tujuan penghantaran barangan; yang tidak dikehendaki melekatkan pelekat (sticker) pas kenderaan;
     
    Contoh pemasangan pelekat (sticker) kenderaan daftar luar adalah seperti berikut :-

pas.jpg

Pelekat (sticker) pas kenderaan ini mempunyai tempoh sah laku selama tiga (3) bulan dan perlu diperbaharui bagi membolehkan kenderaan-kenderaan daftar luar negara membuat perjalanan di Negara ini.

Hasil penguatkuasaan oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Kementerian Kesihatan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Jabatan Perikanan dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), setakat ini sejumlah 16 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan berkaitan dengan pemasangan pelekat (sticker) kenderaan daftar luar negara ini.

 JPD sekali lagi menasihatkan kepada pemilik atau pemandu kenderaan daftar luar negara yang berada di Negara ini untuk sentiasa mematuhi peraturan penggunaan pelekat (sticker) pas kenderaan yang berjalan dan berkuatkuasa pada masa ini.

Kegagalan mematuhi perkara-perkara di atas akan diambil tindakan di bawah Akta Penyakit Berjangkit (Penggal 204) yang mana jika didapati bersalah boleh dikenakan denda kompaun sehingga $5,000 atau boleh didakwa ke mahkamah yang membawa denda sehingga $10,000 atau penjara sehingga tempoh 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi talian cemas pihak Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Talian 993 atau melalui Talian Darussalam 123.


Pengarah

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi



pas p.jpg



Attachments