Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
TRAK KARGO MEMBAWA KONTAINER TULAR DI MEDIA SOSIAL DIKENAKAN KOMPAUN

Rabu, 20 Syawal 1442 / 2 Jun 2021 – Merujuk kepada gambar kenderaan yang membawa sebuah kontena 20 kaki panjang menggunakan Trak Kargo (Cargo Truck) yang dipandu melalui jalan Jambatan Lebuhraya, Beribi, yang tular di laman media sosial seperti gambar di Lampiran 1.

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), bersama dengan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah telah menahan pemandu dan kenderaan tersebut dan seterusnya dibawa ke Balai Polis bagi siasatan lanjut. Hasil siasatan mendapati pemandu tersebut telah membuat kesalahan menggunakan kenderaan yang tidak sesuai yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Sehubungan dengan itu, pemandu telah dikenakan kompaun kerana melanggar peraturan 28, Peraturan Lalulintas Jalan Raya. Butiran pemandu dan kenderaan adalah seperti berikut:

 

BilNama PemanduPemilik SyarikatNombor Pendaftaran KenderaanJenis Kenderaan
1.Leong Ting HanNyuk Lian Transportation ServicesBN 7152Truk Kargo

 

JPD ingin mengingatkan orang ramai khususnya pengguna jalan raya bahawa sebarang pelanggaran Undang-Undang Lalulintas Jalan Raya boleh mengakibatkan mereka dikenakan denda kompaun dan mata demerit SiKAP.

JPD juga ingin memaklumkan kepada Pengurus atau Pemilik Syarikat untuk memastikan operasi pengangkutan syarikat untuk sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang berjalan pada masa ini. Kesalahan-kesalahan seperti ini boleh membawa denda kompaun sehingga $500.00.

JPD juga sangat menghargai dan mengalu-alukan kerjasama dari orang ramai untuk sentiasa mengongsikan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan lalulintas jalan raya dengan melaporkan perkara-perkara berkenaan dengan menyertakan gambar/video melalui Talian Darussalam 123 atau melalui Aplikasi WhatsApp Talian Darussalam +673 8333123.

 

Jabatan Pengangkutan Darat

02 Jun 2021





Attachments