Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PENGEMASKINIAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN DIBAWAH KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI SEMASA PANDEMIK COVID-19

(Khamis, 30 Safar 1443 bersamaan 07 Oktober 2021)

Sebagai susulan kepada Sidang Media bersama Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi pada Sabtu 2 Oktober 2021 yang lalu, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) sukacita ingin mengongsikan perkembangan terkini mengenai pengemaskinian dasar bagi pembaharuan Lesen Kenderaan dan Lesen Memandu sebagai usaha memudahcara orang ramai semasa penularan wabak Covid-19 ini.

Pendaftaran Domestic Runners di Negara Brunei Darussalam

1.      Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ingin memaklumkan bahawa sejak pendaftaran Domestic Runners mula dibukakan pada hari Sabtu 2hb Oktober 2021, seramai 4,451 orang domestic runners telah mendaftar dan disenaraikan dalam Direktori di laman web MTIC setakat 6hb Oktober 2021.

 

2.      Dalam kesempatan ini, MTIC ingin mengingatkan kepada domestic runners yang berdaftar untuk mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.

 

3.      Ini termasuklah bagi setiap runner untuk dikehendaki membuat ujian swab COVID-19 RT-PCR setiap minggu di pusat-pusat swab pandu lalu bagi memastikan mereka adalah negatif dari jangkitan COVID-19. Seterusnya, para domestic runners hendaklah mengemaskini tarikh terakhir menjalani ujian swab masing- masing setiap minggu melalui laman web MTIC, iaitu www.mtic.gov.bn/pendaftaran mulai hari Jumaat, 8hb Oktober 2021.

 

4.      MTIC seterusnya ingin mengucapkan terima kasih kepada runners dan orang ramai atas sokongan yang diberikan dalam pendaftaran domestic runners ini. Ianya menunjukkan kerjasama dalam saling memainkan peranan untuk memastikan kepentingan, keberadaan dan kesejahteraan semua pihak, khususnya para runner dan pelanggan masing-masing.

Statistik Pemberian Perkhidmatan TD123 dan Penggunaan GOV.BN Bagi Perkhidmatan Dalam Talian (Tatacara Pendaftaran Dan Pengaktifan e- Darussalam)

 

5.      Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) ingin mengongsikan trend penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan yang menggunakan Talian Darussalam TD123 pada

6 bulan kebelakangan pada tahun ini. Perkhidmatan daripada Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) menunjukkan peningkatan yang ketara daripada anggaran 500-1,000 panggilan sebulan kepada 17 ribu pada bulan Ogos dan 27 ribu panggilan pada bulan September 2021.

 

6.      Dalam hal ini, Pusat Kebangsaan E-Kerajaan akan terus memantau mengenai status kedudukan panggilan-panggilan tersebut dan Insya Allah dengan penambahan kapasiti 29 call agents pada hari ini, ianya akan dapat membantu melicinkan proses penerimaan aduan dan maklumbalas daripada orang ramai.

 

7.      Sepertimana yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi semasa Sidang Media COVID-19 bersama Kementerian Kesihatan pada 2 Oktober 2021, dan berikutan situasi pada masa ini dimana kaunter-kaunter perkhidmatan masih lagi belum beroperasi, orang ramai adalah disarankan untuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan Kerajaan yang disediakan secara dalam talian melalui portal GOV.BN. Selain daripada perkhidmatan membaharui lesen memandu dan lesen kenderaan, perkhidmatan-perkhidmatan lain yang juga disediakan ialah seperti memohon pekerjaan di dalam sektor kerajaan melalui portal PSC Recruitment atau sektor swasta melalui Job Centre Brunei, mengundi calon-calon Penghulu Mukim dan Ketua Kampung (PMKK) melalui e-Undi PMKK, dan banyak lagi.

 

8.      Perkhidmatan-perkhidmatan ini bolehlah diakses melalui akaun e-Darussalam. Bagi orang ramai yang belum mendaftar bolehlah melayari portal GOV.BN iaitu www.gov.bn dan klik butang e-Darussalam, dan seterusnya mengisi borang pendaftaran.

 

9.      Selepas mendaftar, akaun e-Darussalam perlu diaktifkan terlebih dahulu sebelum ianya dapat digunakan. Pengaktifan akaun bolehlah dipohonkan melalui e-mel kepada Talian Darussalam 123 di info@123.com.bn atau kepada e-mel yang disediakan khusus bagi pengaktifan akaun iaitu e-darussalam@egc.gov.bn atau corpcomms@egc.gov.bn.

 

10.  Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila e-mel kepada alamat-alamat e-mel berkenaan atau ikuti media sosial GOV.BN (Instagram: @govbn, Telegram: https://t.me/govbnofficial).

 

Pesanan Ringkas (SMS) Bagi Menggantikan Pelekat Lesen Kenderaan Dan Kad Lesen Memandu


11.  MTIC melalui Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan bahawa sesuai dengan perancangan transformasi digitalnya ialah usaha untuk mengemaskinikan Lesen Kenderaan dan Lesen Memandu yang ada pada masa ini supaya tidak lagi berbentuk fizikal iaitu bukan lagi berbentuk pelekat Lesen Kenderaan dan bukan lagi kad Lesen Memandu.

 

12.  Buat masa ini, bagi memudahcara orang ramai semasa COVID-19, JPD menggunakan Pesanan Ringkas (SMS) sebagai pengganti kepada pelekat Lesen Kenderaan dan kad Lesen Memandu. Pesanan Ringkas (SMS) merupakan kaedah memudahcara orang ramai tanpa perlu menunggu Lesen Memandu atau Lesen Kenderaan mereka siap diproses dan diterima, apatah lagi dalam keadaan semasa pandemic COVID-19 pada masa ini.

 

13.  Seperti dimaklumkan sebelum ini, Pesanan Ringkas (SMS) disamping resit pembayaran dalam talian (e-receipt) serta insurans kenderaan yang masih aktif ini membolehkan orang ramai yang belum menerima Lesen Memandu atau Lesen Kenderaan mereka memandu di jalan raya dengan tidak dikenakan tindakan penguatkuasaan. Alhamdulillah, sejak pengumuman dalam Sidang Media bagi perkara ini, BELUM ada sebarang tindakan penguatkuasaan yang diambil keatas mana-mana pemandu.

 

14.  Bagi tujuan penambah-baikan, dengan mengambilkira maklumbalas orang ramai, JPD ingin memaklumkan mengenai beberapa perubahan kepada isi kandungan pesanan ringkas (SMS) kepada pemohon bermula pada hari Jumaat, 8 Oktober 2021 ini yang telah berjaya membaharui lesen kenderaan atau lesen memandu mereka.

 

15.  Berikut dikongsikan isi kandungan SMS mengikut jenis permohonan, iaitu SMS bagi Lesen Kenderaan dan SMS bagi Lesen Memandu.

 

a.      Bagi Lesen Kenderaan, isi kandungan SMS antaralainnya ialah bilangan kenderaan dan tempoh tarikh lesen kenderaan yang sah seperti berikut:-


Text Box: JPD, MTIC  Lesen Kenderaan (BBA1000) telah diperbaharui.  SMS ini adalah Lesen Kenderaan sah bermula 31-Jul-21 hingga 30-Jul-22.    Vehicle Licence (BBA1000) has been renewed.  This SMS serves as a Vehicle Licence valid from 31-Jul-21 to 30-Jul-22.


 

b.      Manakala itu, bagi Lesen Memandu isi kandungan SMS antaralainnya ialah bilangan kad pintar, jenis kelas Lesen dan tempoh sah laku memandu seperti berikut:-

 

JPD, MTIC

Lesen Memandu Kelas 3 bagi KP 00-116001 telah diperbaharui.

SMS ini adalah Lesen Memandu sah bermula 31-Jul-21 hingga 30-Jul-22.

 

Driving Licence Class 3 for IC 00-116001 has been renewed.

This SMS serves as a Driving Licence Class 3 valid from 31-Jul-21 to 30-Jul-22.

 

Bagi pemohon yang memiliki lebih dari satu Kelas Lesen Memandu, SMS akan dikeluarkan secara berasingan bagi setiap kelas memandu.

 

Statistik Permohonan Pembaharuan Lesen Kenderaan dan Lesen Memandu

 

16.  Setakat 5 Oktober 2021, JPD telah menerima sebanyak 52,705 permohonan dan telah diluluskan sebanyak 92% iaitu 48,464 permohonan dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 31,371 permohonan telah diterima oleh Pejabat Pos untuk penghantaran atau pengambilan. Manakala 12% iaitu 4,241 permohonan adalah backlog. Backlog ini akan disasarkan untuk diselesaikan dalam masa satu bulan ini.

 

17.  Sementara itu, permohonan TD123 disediakan sebagai alternatif kepada perkhidmatan dalam talian bagi orang ramai yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan dalam talian ataupun bagi perkhidmatan-perkhidmatan JPD yang lain.

 

Membaharui Lesen Kenderaan dan Lesen Memandu Disyorkan Untuk Menggunakan Perkhidmatan Dalam Talian Portal GOVBN dan Aplikasi TransportBN

 

18.  JPD menyeru kepada orang ramai supaya akan dapat menggunakan dan menjadikan perkhidmatan dalam talian melalui portal GOVBN dan aplikasi TransportBN sebagai pilihan utama kerana permohonan secara dalam talian adalah lebih mudah dan cepat.

 

19.  Di kesempatan ini juga, JPD turut menjelaskan bahawa satu (1) daripada tiga (3) talian tambahan yang dimaklumkan sebelum ini iaitu 2451982 telah mengalami kerosakan dan ketika ini, orang ramai boleh menghubungi talian 2451980 dan 2451984 semasa waktu bekerja. JPD memohon maaf diatas kesukaran yang dihadapi oleh orang ramai mengenai perkara ini.

 

20.  Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai dengan perkhidmatan-perkhidmatan JPD atau mengemaskini keterangan-keterangan didalam Sistem Pengangkutan Darat (SPD) atau cara membuat pembayaran dalam talian, orang ramai dialu- alukan untuk memuat-turun "Frequently Asked Questions (FAQ)" yang sentiasa dikemaskini dengan melayari laman web JPD www.jpd.gov.bn atau instagram @jpdbrunei, atau email info_ltd@jpd.gov.bn.

 

21.  Orang ramai juga boleh menyalurkan pertanyaan mereka mengenai permohonan membaharui lesen kenderaan dan lesen memandu dengan menghubungi Talian Darussalam TD123 atau melalui Aplikasi WhatsApp Talian Darussalam

+6738333123 atau melalui emel Talian Darussalam: info@123.com.bn. JPD turut mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa persiapan juga sedang dibuat bagi membukakan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

 

Waktu Pembukaan Bagi Cawangan-Cawangan Jabatan Perkhidmatan Pos

 

22.  Jabatan Perkhidmatan Pos ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberikan sokongan dan terus menggunakan perkhidmatan pos bagi penyerahan dan penerimaan surat-surat, paket kecil dan bungkusan.

 

23.  Jabatan Perkhidmatan Pos ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa buat masa ini, waktu perkhidmatan pengambilan paket kecil dan bungkusan di cawangan-cawangan Pejabat Pos adalah daripada jam 8 pagi hingga 1 petang. Ini adalah bagi memberikan ruang masa menguruskan hal ehwal logistik dan pembersihan.

 

Kaedah pengambilan bungkusan melalui Applikasi QUEUP


24.  Sukacita dimaklumkan mana-mana orang ramai yang telah menerima notifikasi bagi pengambilan barangan paket kecil dan bungkusan melalui applikasi BruTrack dan WhatsApp, orang ramai adalah disarankan untuk memuat turun applikasi QUEUP melalui Apple Play Store dan Google Play Store untuk menempah slot-slot bagi pengambilan paket kecil dan bungkusan cop merah, Ini adalah khusus bagi pengambilan paket kecil dan bungkusan cop merah di Pusat Memproses Mel dan Bungkusan (MPC) sahaja.

 

25.  Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Pos telah meneliti semula slot-slot tempahan bagi pengambilan paket kecil dan bungkusan di Pusat Memproses Mel dan Bungkusan (MPC). Mengambil kira daripada masa memproses bungkusan dan mengawal perkumpulan orang ramai, sebanyak 12 slot sehari telah ditambah menjadikan keseluruhan sebanyak 66 slot sehari dari 54 slot sebelum ini. Slot baru ini akan dibukakan bermula hari ini, 7 Oktober 2021. Orang ramai adalah disarankan untuk memeriksa slot-slot berkenaan dari masa ke-semasa melalui Aplikasi QUEUP. Pembukaan slot ini akan dinilai dari masa kesemasa mengikut perkembangan pemantauan COVID-19.

 

Pengesanan Keberadaan Bungkusan Melalui Applikasi BruTrack

26.  Untuk makluman orang ramai, terdapat beberapa saluran bagi para pelanggan untuk menyemak keberadaan paket kecil dan bungkusan mereka. Ini termasuk Applikasi BruTrack, Tracking Item dan AR Listing di dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Pos (www.post.gov.bn), dan notifikasi melalui Applikasi Whatsapp jika bungkusan tersebut sedia untuk diambil.


27.  Orang ramai juga disarankan untuk menggunakan Aplikasi BruTrack bagi bungkusan Trackable Item dan mempunyai Tracking No untuk mengetahui status info keberadaan bungkusan tersebut. Jika status barangan tersebut disedia untuk diambil, para pelanggan bolehlah mengambil di cawangan-cawangan pejabat pos seperti tertera didalam aplikasi berkenaan tanpa menunggu kad notis pengambilan daripada Jabatan Perkhidmatan Pos. Bagi bungkusan yang tidak mempunyai Tracking No. (Paket Kecil), pelanggan bolehlah merujuk kepada AR Listing melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Pos iaitu www.post.gov.bn.


28.  Selain Aplikasi BruTrack, Jabatan Perkhidmatan Pos telahpun menggunakan Aplikasi Whatsapp bagi memaklumkan kepada pelanggan bahawa bungkusan dicop merah telah sedia untuk diambil di cawangan-cawangan pejabat pos seperti tertera di mesej berkenaan. Bagi pelanggan yang belum lagi dihubungi melalui Aplikasi WhatsApp, pelanggan disarankan untuk menyemak melalui kaedah dan melalui AR Listing. Ini disebabkan sebilangan paket kecil dan bungkusan tidak merekodkan butiran nombor telefon untuk membolehkan jabatan ini menghubungi pelanggan.

 

29.  Dalam pada itu, Jabatan Perkhidmatan Pos turut menyarankan agar para pelanggan memberikan butiran yang lengkap mereka semasa membuat pembelian atas-talian termasuk alamat, nombor telefon dan email bagi membolehkan jabatan ini menghubungi dan memberikan notifikasi paket kecil dan bungkusan yang telah sedia untuk diambil.

 

Isu Penghantaran Barangan Bertanda Merah (Cukai/Permit/Tegahan)

30.  Dalam mematuhi SOP dan saranan nasihat Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Pos turut mengendalikan dan meneliti paket-paket kecil dan bungkusan cop merah bersama agensi-agens lain yangi berkenaan. Dengan kerjasama tersebut, Jabatan Perkhidmatan Pos akan turut membuat perbincangan dengan agensi-agensi tersebut bagi sama-sama mencari jalan terbaik menambahbaik proses penelitian untuk membolehkan jabatan ini membuat perkhidmatan door-to-door seperti kehendak pelanggan.

 

31.  Jabatan Perkhidmatan Pos mengendalikan penelitian paket kecil dan bungkusan yang tiba di Negara Brunei Darussalam sesuai dengan peraturan yang ditetapkan. Berikut adalah contoh penerimaan bungkusan bagi bulan September sahaja dimana Jabatan Perkhidmatan Pos telah menerima sebanyak 42,407 bungkusan dan paket kecil. Daripada 42,407 bungkusan dan paket kecil, sebanyak 63% iaitu 26,914 adalah bungkusan dan paket kecil yang dikategorikan cop hijau yang telah berjaya dihantar ke rumah pelanggan. Manakala, sebanyak 15,493 paket kecil dan bungkusan atau 37% adalah dikategorikan cop merah yang memerlukan pengesahan agensi-agensi berkenaan.


SEPTEMBER 2021

 

 EMSREGISTEREDPARCELSMALL PACKETSEA MAILTOTAL%OF TOTAL
RED1508,6831766,484015,49337%
GREEN595,4066921,380026,91463%

 

32.  Sehingga kini, dari Januari-September 2021, Pusat Perkhidmatan Pelanggan telahpun mengendalikan aduan dan pertanyaan sebanyak 14,151. Bagi pelanggan yang mempunyai soalan atau sebarang pandangan serta aduan bolehlah menghubungi terus ke pusat perkhidmatan pelanggan Jabatan Perkhidmatan Pos melalui talian nombor telefon 2380481 atau 8711002 pada waktu pejabat dan email csc.post@post.gov.bn. Bagi sebarang bahan rujukan dan perkembangan terkini, orang ramai dialu-alukan untuk mengikuti media social Instagram Jabatan Perkhidmatan Pos iaitu @post_brunei.

33.  Jabatan Perkhidmatan Pos akan memantau kualiti perkhidmatan dari masa ke- semasa dalam usaha bagi penambahbaikkan penyediaan perkhidmatan kepada orang ramai.

Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh:

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam

E-mel: info@mtic.gov.bn


Attachments