Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QUR’AN DAN PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI DAN JABATAN-JABATAN SERTA PIHAK BERKUASA DIBAWAHNYA BAGI TAHUN 1443 HIJRAH / 2022 MASIHI

INFODEPT02_0004 (1).jpg

Khamis, 19 Ramadhan 1443H / 21 April 2022 – Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Pihak Berkuasa di bawahnya melangsungkan Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi bagi tahun 1443 Hijrah / 2022 Masihi pagi tadi. Majlis pada tahun ini adalah dikelolakan oleh Jabatan Pengangkutan Darat.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

IMG_6338.JPG

Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an bagi tahun ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ceramah khas bertajuk "Hebatnya Pencinta Al-Qur'an" oleh yang Mulia Ustaz Abdul Rahman bin Ajak, Penolong Pensyarah dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

Majlis diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma kepada dua puluh sembilan (29) orang anak yatim dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Pihak Berkuasa di bawahnya.

Antara tujuan utama majlis sambutan ini ialah untuk memperingati peristiwa agung Nuzul Al-Qur'an iaitu turunnya ayat Al-Qur'an pertama kepada Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasallam, disamping mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Pihak Berkuasa dibawahnya.

Akhir sekali, acara ini diakhiri dengan bacaan doa selamat dan sesi bergambar ramai bersama penerima sumbangan derma anak-anak yatim.

Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Yang Mulia Awang Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Ketua-Ketua Eksekutif, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai kanan serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan dan Pihak Berkuasa dibawahnya.

 

Disediakan Oleh

Jabatan Pengangkutan Darat,

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi


------------------------------------------------------------------------


THE CELEBRATION OF THE NUZUL AL-QUR'AN CEREMONY AND PRESENTATION OF DONATIONS TO ORPHANS OF

THE MINISTRY OF TRANSPORT AND INFOCOMMUNICATIONS

AS WELL AS DEPARTMENTS AND AUTHORITIES UNDER IT

FOR THE YEAR 1443 H / 2022 M

 

Bandar Seri Begawan, 19 Ramadhan 1443H/ 21 April 2022M – The Ministry of Transport and Infocommunications (MTIC) as well as the Departments and Authorities under it held the Celebration of Nuzul Al-Quran ceremony and presentation of donations to orphans at Dewan Amar Pahlawan, Ministry of Transport and Infocommunications Building for the year of 1443 Hijrah/ 2022 Masihi this morning. This year's event was organized by the Land Transport Department.

Present at the event was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohammad Yusof, Minister of Transport and Infocommunications. 

The Celebration of the Nuzul Al-Qur'an ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a special religious talk entitled "Hebatnya Pencinta Al-Qur'an"  by Yang Mulia Ustaz Abdul Rahman bin Ajar, Assistant Lecturer of Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). 

The event continued with the presentation of donations to 29 orphans of officers and staff at the Ministry of Transport and Infocommunications and the Departments as well as Authorities under it. 

The main aim of this celebration is to commemorate the great event of Nuzul Al-Quran, the revelation of the first verse of the Qur'an to the Prophet Muhammad Sallalahu Alaihi Wassalam, in addition to fostering closer ties between officers and staff of the Ministry of Transport and Infocommunications, Departments and the Authorities under it.  

Finally, the recitation of "doa selamat" was held to mark the closing ceremony followed by a photo session with the recipients of donations. 

Also present were the Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Permanent Secretary, Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Deputy Permanent Secretary (Infocommunications), Yang Mulia Awang Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar, Acting Deputy Permanent Secretary (Transport), Chief Executives, Heads of Departments, Senior Officials and Officers and Staff of the Ministry of Transport and Infocommunications, Departments, and Authorities under it. 

 

Prepared by

Land Transport Department,

Ministry of Transport and Infocommunications







Attachments