Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksHome

NomborKu


NomborKu adalah perkhidmatan laman info yang memaparkan senarai nombor-nombor pendaftaran kenderaan yang boleh dipohonkan melalui Tawaran Terbuka.

Bagi nombor-nombor yang tidak dipaparkan, biskita boleh menggunakan fungsi "Search" untuk mengetahui status nombor-nombor berkenaan bagi semua siri.

Cara memohon bagi nombor yang tidak dipaparkan di dalam sistem Nomborku sila rujuk ke kotak "perhatian" di bawah.


title

KETERANGAN


Kategori Nombor:
Special (Khas): Harga tawaran minima $5,000.00
Gold (Emas): Harga tawaran minima $2,000.00 ​ ​
Silver (Perak): Harga tawaran minima $500.00
Normal (Biasa): Harga tawaran minima $100.00

Nota:
Nombor-nombor yang dipaparkan dengan harga yang berlainan dari harga tawaran minima di atas adalah nombor-nombor yang pernah ditawarkan sebelum ini kepada Penender-Penender yang menawarkan harga tertinggi dan memenuhi syarat, tetapi gagal menjelaskan bayarannya dalam tempoh yang ditentukan.

Status Nombor:
1. Registered (Berdaftar):
Nombor yang telah didaftarkan dan masih dilesenkan.

Number already registered and actively licensed.


2. Registered and Retained (Digantung & disimpan):
Nombor yang didaftarkan sebelum ini, kemudiannya digantung dan disimpan oleh Pemilik dengan bayaran penahanan.

Number was previously registered. Currently, held by owner.


3. Awarded (Tawaran Berjaya):
Nombor telahpun diberikan kepada Penender Berjaya melalui Tawaran Tertutup atau Tawaran Terbuka.

Number already awarded to tenderer through Close or Open Tender process.


4. Paid and Retained (Dibayar dan disimpan):
Nombor telah dibayar oleh Penender Berjaya tetapi belum didaftarkan dan disimpan.

Number awarded to tenderer through Close or Open Tender Process, paid but not yet registered by owner.


5. Not Available (Belum boleh dipohonkan):
Nombor yang sedang melalui proses Tawaran Tertutup ATAU Nombor belum boleh ditawarkan kepada orang ramai.

Number still undergoing Close Tender Process and not yet awarded OR Number not yet available to public for tender process.


6. Enquiry (Pertanyaan):
Orang ramai yang berkeinginan untuk mendapatkan maklumat mengenai nombor ini bolehlah menekan butang "Enquiry" dan seterusnya mengisikan Borang yang disediakan. Maklum balas mengenai status nombor tersebut akan diberikan melalui emel.
(Nota: Untuk makluman, butang "Enquiry" hanya bagi nombor siri BAA hingga BAZ sahaja)

Public who are interested to find out more information on this number can click on the button "Enquiry" and fill in the form provided. Responses whether the number is available for tender or not will be provided through email.
(Note: For your information, the "Enquiry" button is only available for BAA to BAZ series)

PERHATIAN


Ingin Memohon?


1. Bagi nombor yang dipaparkan dipetak sistem Nomborku di atas, bolehlah berkunjunglah ke Ibu Pejabat JPD atau Cawangan JPD Kuala Belait semasa waktu kaunter beroperasi untuk membuat permohonan dan pembayaran terus secarai tunai, kad debit atau kad kredit. Borang Permohonan NomborKu boleh didapati di cawangan JPD tersebut di atas atau di laman sesawang JPD.

2. Bagi nombor yang tidak dipaparkan didalam sistem Nomborku di atas (dicari melalui fungsi "Search") bolehlah menekan butang "Enquiry" yang dipaparkan dan mengisi borang yang disediakan.

Permohon hendaklah menunggu maklum balas e-mel daripada Jabatan Pengangkutan Darat bagi status permohonan. 

Tempoh pendaftaran


Nombor yang telah dibayar hendaklah didaftarkan ke atas kenderaan dalam tempoh 30 hari.


Ingin Melanjutkan Tempoh Pendaftaran


Pemohon boleh melanjutkan tempoh pendaftaran dari 30 hari menjadi 3 tahun dengan membuat pembayaran yuran penahanan (holding fee) sebanyak $60.00.